Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

RESEPI CLIFFORDIAN71

Go down

RESEPI CLIFFORDIAN71 Empty RESEPI CLIFFORDIAN71

Post  acaitare Wed Jul 01, 2009 10:30 am

Resepi dari Huda : Ikan Keli dengan cekur

Kama, bukan cekur manis tu. Ikan keli tu di panggang dan Kuah dimasak berasingan macam masak lemak putih.Tumbuk sekali bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih sedikit aje, biji cekur dan cili api, Masukkan santan, kacau perlahan-lahan, kemudian daun cekur tu masuk le dalam kuah macam ganti daun kunyit, lepas tu masuk le asam keping dan gula serta garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan yang telah dipanggang tadi. Sedia untuk dihidangkan..

Posted: Fri Sep 26, 2008 9:51 am Post subject:

--------------------------------------------------------------------------------

Resepi dari Niza : Buttered Prawn

1 biji Telur - dipukul
fresh milk - 2 sudu besar
lada sulah/garam
butter

Smua diatas dicampur

udang diperap ngan butter, garam, kunyit, black pepper

Udang digoreng. angkat. Tumis bawang besar (hiris), daun kari, cili besar (hiris) masukkan telur td (org kata kena kacau ngan choptick untuk dpt kan sehalus benang jaluran teh, tapi keh buat tak cukup laju, tak jadi)....masukkan udang

Sedia untuk dihidang

Posted: Fri Sep 26, 2008 9:56 am Post subject:

-----------------------------------------------------------------------------
Resepi dari Kama : Green Salad

keh tiba nak masak ayam ala rendang...x nyabor tunggu raye ..keh tengok ketuk2 ramadan tadi sheila rusli wat salad..green salad macam best jer...salad,timun jepun,tomato ,perah lemon,cuka,garam + gula...cam tingin nak wat.

----------------------------------------------------------------------------
Resepi dari kama : cucur sukun

sonoknyer keh tengok 'ketuk-ketuk ramadan'..hari ni tetamu dia 'que haidar'..dia masak cucur sukun..emm nampak sedap...buah sukun dikukus n dilenyek + gula+ garam ...eii cam sedap jer...1 lagi 'haq asam laksa'..haq tu sempena nama anak sheila rusli...mmg lecur

---------------------------------------------------------------------------

Resepi dari Kama : Padprik Ayam

padprik ayam..yg penting ade air rebusan tulang ayam & kepala udang..lau xder xper gak...ade serai n daun limau purut..mase dulu tukang masak keh ajor..lada kecik + lada besor sket + kacang pjg sejalur + tomato biji blend ngan belacan ... tumis bawang putih serai masuk lak bahan blend tadi ngan daun limau purut & air rebusan tuu..perghh bau setaman nanti.

----------------------------------------------------------------------------
Resepi dari Kama : Nasi Ulam

nasi ulam @ ulam nasi..keh rini nak buat...

ramuan ulam nasi

daun maner
daun kesum
daun kaduk
daun serai kayu
ikan kembung bakar
ikan talam kering bakar
daging bakar
bawang besar
serai
lada hitam
kelapa goreng
garam

perghh..x leh cakap ler sedapnyer deme..hiris halus & cincang..x bergerak lar dari meja

--------------------------------------------------------------------------
Resepi dari Niza : Lala bercili

keh dah masak lala lepas berbuka mlm td, lala bercili, campur serai, daun kari, daun limau purut.

Resepi dari Kama : Lala bercili

masak lala bercili...keh pun penah masak gak..cuma beza keh letak daun kesum,daun kunyit ,serai & bunga kantan....resepi tu keh bahan sendiri....anak suka suami pun suka..<<< iklan johnson & johnson lau x silap

--------------------------------------------------------------------------------
Resepi dari Kama : Kek Batik

~ kek batik ~

5 biji telur...(lau telur besar 4 biji ckp ler..nanti berdener lak)
1 cwn gula
4 sdb koko
1/2 tin susu pekat @ 1 cwn
1 cwn majerin
4 sdb milo
2 baris biskut merrie(biskut ni patah2kan..patah 3,patah 2 & patah 4)
lau suke tambah sket nescafe & bijan (keh x letok)

cara :-

bagi keh lebih senang masak dalam kuali...campur jer semua bahan cuma hati2 ngan telur biar sebati...masak dah agak pekat (jagan terlalu pekat n terlalu cair) baru masuk biskut,perlahankan api & kacau biar biskut tu agak masak.dah gaul sebati tutup api.

sediakan loyang @ pyrex leper(lau loyang alas plastik senang nak potong nanti)...masukkn adunan tadi & tekap biar padat.mase panas2 tu..tekan2kan dgn plastik sekali lagi...biarkan sejuk & masukkn dalam peti ais...potong2kan bila nk hidang....makan lar ikut suka hati masa raya nanti..

--------------------------------------------------------------------------------
Resepi dari Niza : Custard Cocktail

Custard Cocktail

Custard
Bancuh tepung custard (2 cwn) dgn 4 cwn air. Kacau sampai dissolve. Campur 1 sudu teh isin vanilla, 1 biji telur (dipukul), Gula pasir - 1 senduk nasi, susu cair 1 tin and air cocktail. Letak atas dapur, kacau tanpa henti (kalau benti nanti berbijik) kacau sampai mendidih, if nmpk tak smooth, tambah air.

Custard
Lepas dah agak masak (mendidih dlm 10-15 min) masukkan custard td kat dlm mangkuk pyrex leper aok teh. Biarkan sejuk, kemudian masuk peti ais. Lepas dah boleh potong, sila potong dadu.

Milk Cocktail
Masukkan 1 tin setengah-2 tin susu cair, campur gula sikit (dlm 1/2 senduk), air cocktail kalau masih ada. Letak atas dapur, mendidih je masuk coctail/longan (apa la buah dlm tin yg aok suka). rasa la dulu, kalau tak manis, tambah gula-tapi bulan posa belasah je la confirm OK...ha..ha. Jap je tutup api. Pastu sejukkan sebelum masuk dlm peti ais.

Makanan ni sedap makan sejuk2, so keluarkan masa dah nak makan. Campur custard and milk cocktail td. kalau nak makan petang, pagi dah kena turun ke dapur yek!

Selamat mencuba

--------------------------------------------------------------------------

Resepi dari Niza : Nasi Udang

Nasi Udang

Tumis bwg besar (potong dadu), rempah kurma (1 sudu besar) dan tomato puree (separuh tin kecil), kulit kayu manis,bunga lawang sehingga naik bau, sedikit garam. Bila udang half cook, angkat udang shj. Pastu masukkan beras. tambah air (sukat cam masak nasi biasa). Gaul sehingga rata. Letak udang kat atas dan tutup.

Kawan2 nasi udang - dalca, sambal udang, acar mentah/masak, sambal belacan.

Selamat mencuba

-------------------------------------------------------------------------------
Resepi dari rock : Tapai Ubi Goreng

o..ye ke... sama la kita yek..tapi aok makan gitu je ke...keh suka lau tapai ubi teh digoreng..mesti aok tak biasa wat sbb ni resepi orang kelantan...aok cuba la gorang...cam goreng pisang teh...dicelup tepung...mesti terangkat punye...nanti bila dah wat bagitau keh yek sedak ke tak....


tapai ubi kama, celup ngan tepung goreng pisang teh.

---------------------------------------------------------------------------------
acaitare
acaitare
Moderators
Moderators

Posts : 63
Join date : 2009-06-22
Age : 53
Location : Kuantan Town

https://cliffordian71.forumotion.net

Back to top Go down

RESEPI CLIFFORDIAN71 Empty Re: RESEPI CLIFFORDIAN71

Post  acaitare Wed Jul 01, 2009 10:41 am

Resepi dari Kama : Goreng Tempe

niza ..ilang da dorang niii..xper kita citer sal masak lagi...nak sambung sal serai....baru ni keh beli tompel pulak dah...laju hek jari nii..maleh delete..keh beli tempe (terpengaruh khir toyo kata nak putih makan tempe )...salu keh goreng garam kunyit jer..pastu biras keh suh blend skali..bawang putih,halia & serai..gaul n tabur lada sulah skali...pastu keh goreng...sedak lar jugek...simple & enak di makan..5 paket ilang sekelip mate.. ..gitu lar sedaknyer...try lar...

------------------------------------------------------------------------------
Resepi dari Kama : Kerabu sotong/udang

supe gak kan..kerabu sotong.ke udang ker..sedap taruk serai...keh x penoh wat..tapi suke lar makan...ebab nak wat kerabu sotong ke udang tuu..nak kene ade air rebusan tulang ayam & kulit n kepale udang teh..baru jadi kerabu ala thai ni kan...lau kita perah limau macam tu jer kurang beh..ke deme ade cara lain nak wat kerabu sotong udag nii????....suke makan tapi maleh sedia air rencah tuuu...wat sikit kan..tu lar pasal.

..keh ikut logik akal jer sal kerabu tuuu..& sikit pengalaman mase bukak restoren dulu....pidah cari resepi teh..ala thai...tolong larrr pidah...

---------------------------------------------------------------------------------
Resepi dari Pidah (ciplak dari internet) : Serawa Derian

Kuah Durian (a.k.a Serawa Durian ) syahmi@myresipi.com
boleh dicicah dengan roti, roti jala atau pulut.



Bahan-bahan ( 2 orang )
5 ulas durian
3 sudu gula pasir
1 1/2 cawan santan sederhana pekat
Pilihan : boleh juga tambah gula merah untuk mengubah warna
Cara-cara Buangkan biji durian dan hancurkan sedikit.
Masukkan dalam periuk bersama gula dan santan.
Masak hingga mendidih.

atau

Serawa Durian:
isi durian secukupnya (i terpaksa gantikan ngan lempuk durian - bancuh ngan air panas skit)
6 sudu besar gula merah
extra gula pasir (kalau x manis)
santan pekat secukupnya
garam & gula
1 sudu teh tepung jagung - dibancuh skit ngan air utk pekatkan kuah

CARA:

1. masukkab sume bhn dlm periuk kecuali bancuhan tepung jagung...masak atas api sederhana hingga menggelegak...
2. kacau selalu supaya x berkerak....last sekali

--------------------------------------------------------------------------------
Resepi dari Niza : Ikan Sungai Bakar

ye la selalu keh masak tak masuk kerisik, tapi mok keh suruh taruk. hah..tu yg sedap mek teh. Lagi satu ritu, mok keh ada ode ikan sungai, tak tahu la ikan apa, jelawat ke apa ntah tapi byk la tulang nye. Kome bakar. tumbuk lada, bwg, halia, serai, garam kunyit, sumbat dlm perut ikan belah belkang..kasi sumbat mana leh sumbat. Balut ngan daun kunyit, pakai pakai kayu api..perhhhh....nak campur tempoyak, aboh keh tak makan la plak. ce deme camput tempoyak. keh pernah tgk puan pahang buat

----------------------------------------------------------------------------------

Resepi ingat-ingat lupa dari Pidah : Ayam Goreng (atas permintaan Huda)

Ayam diperap ngan garam, kunyit, sedikit halia dan sedikit cili giling (kalu nak pedas). Panaskan minyak dan goreng..

---------------------------------------------------------------------------------
'ayam goreng niza'

kelapa parut
garam
kunyit
cili boh
daun kari
minyak masak utk mengoreng< nama pun ayam goreng mesti ler ade minyak kn


takut ilang

--------------------------------------------------------------------------------
Acai punye lak :

Kat sini keh nak perturunkan cara cara nak buat fruitcoctail versi keh punye ok :

Bahan-bahannya adalah :
Ni kalau nak buat dlm 10 org punye makan le nih ye..

- 2 tin lychee (tak kira ape brand pun janji lychee)
- 2 tin buah kelapa laut
- 2 tin fruitcoctail (buahan campuran)
- 1 pkt sumi jeli (pelbagai warna)
- Nata de coco pun buleh
- 1 tin susu cair

Cara nak membuatnye :

1. Memula deme cari bekas yang besor sikit. Biasanya bekas cocktail le kan yang kaca teh.
2. Deme bukak ke semua buahan bertin tadi ngan pembukak tin, jgn ngan gigi plak.
3. Deme campok je kesemua bahan tadi ke dalam bekas teh. Cuma kalau fruitcoctail tadi kalau ada buah nenas, buangkan sedikit air manisannya, bukan ape takut rasa masam sikit nanti.
4. Dah campor seme bahan tadi, deme tuang le susu cair ke dalam campuran tersebut, cuba rase secukup rase, ada manis ka ta da. Kalau tak cukup deme perabih le kesemua susu cair teh. kalau tak cukup gak tambah sikit lagi.
5. Pas teh deme campok le beberapa ketul ais kiub ke dalam nya untuk rase sejuk.
6. Ape lagi buleh serve dah untuk tetamu, sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA, DAN SELAMAT BERAMAL

-----------------------------------------------------------------------------------
Resepi kama :

malam tadi adik ipor datang keh mati idea gak nak wat per..lastnyer keh 'goreng mihun tomyam'..ok gak rasanye..kali pertama cuba...leh ar deme cuba..

1 paket mihun
3-4 kiub tomyam knorr
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 btg serai dititik
daun limau purut lau suke..
garam sikit.
minyak utk menumis.

---------------------------------------------------------------------------------
Resipi Niza


Bihun singapore nak???? yg warna putih teh

Rendam bihun
4 ulas bawang putih-ditumbuk
isi ayam/chicken ball
serbuk lada hitam
kobis-dihiris halus
daun sup
2-3 biji limau kasturi

Tumis bawang putih, masuk isi ayam, masukkan air dlm 2 cawan (tgk nak berkuah ke tak), garam, sos tiram. bila dah mendidih, perah limau kasturi. Rasa dulu-cukup masin, masam. masuk bihun, kobis and lada hitam (kalau nak pedas byk la sikit). Tabur bwg goreng ngan daun sup. ready to eat. Sila sediakan sambal kicap-bwg kecik tumbuk, kicap ngan limau kasturi. Ni untuk menyedapkan bihun td.

-----------------------------------------------------------------------------------
resepi 'ayam goreng berhalia'

ayam secukup rasa
bawang putih 3 ulas
halia 3 inci gitu kot
sedikit garam n kunyit serbuk
cara:

tumbuk bawang putih n halia & gaul ngan aym,panaskan minyak n goreng ler,bila abuk2 tu npk masak ,kut dlu sb takut rentung ,ayam da masak,tabur ler abuk2 tadi...n idang kan ler.

----------------------------------------------------------------------------------
acaitare
acaitare
Moderators
Moderators

Posts : 63
Join date : 2009-06-22
Age : 53
Location : Kuantan Town

https://cliffordian71.forumotion.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum